Pesuruhjaya Sumpah
Pesuruhjaya Sumpah dilantik oleh Ketua Hakim Negara di bawah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 [P.U. (A) 67], yang dibuat menurut subseksyen 11(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pelantikan ini adalah di bawah bidang kuasa sivil dan berasingan daripada perakuan sebagai Peguam Syarie. Tugas Pesuruhjaya Sumpah ialah mengesahkan identiti pendeposit, membacakan dan menerangkan kandungan dokumen, serta menyaksikan tandatangan. Perlu difahami: Pesuruhjaya Sumpah TIDAK mengesahkan kebenaran isi kandungan dokumen — tanggungjawab atas kebenaran fakta kekal pada orang yang membuat akuan itu. Fi dikenakan mengikut kadar berkanun dalam Jadual Kedua kaedah-kaedah tersebut, bukan kadar firma.
Skop tuntutan di bawah Pesuruhjaya Sumpah
Afidavit
Mengangkat sumpah atau ikrar bagi afidavit untuk kegunaan mahkamah, termasuk ekshibit yang dilampirkan bersama.
Akuan Berkanun (Statutory Declaration)
Akuan bertulis yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah — lazim diperlukan untuk urusan bank, insurans, KWSP, pendaftaran dan permohonan jabatan kerajaan.
Salinan Dokumen Diakui Sah
Pengesahan bahawa salinan adalah sama dengan dokumen asal. Bawa dokumen ASAL bersama salinan yang hendak disahkan.
Surat Akuan & Suratcara Lain
Surat akuan, pengakuan penerimaan dan suratcara lain yang memerlukan saksi Pesuruhjaya Sumpah.
Orang biasanya mencari
- pesuruhjaya sumpah
- commissioner for oaths
- akuan berkanun
- statutory declaration
- sahkan salinan dokumen
- afidavit
Tidak pasti sama ada kes anda termasuk dalam skop ini?
Ceritakan situasi anda secara ringkas melalui WhatsApp. Semakan awal adalah percuma dan tiada komitmen.
WhatsApp Muizz Abdullah AddinPerkhidmatan lain
- Guaman Kekeluargaan SyariahPerceraian, hak jagaan anak, tuntutan nafkah dan pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah.
- Wasiat, Hibah & Pengurusan FaraidPerancangan harta pusaka mengikut Hukum Syarak — dari penyediaan wasiat sehingga pengagihan faraid.
- Pengesahan Nikah, Poligami & RujukPermohonan pengesahan nikah luar negara, kebenaran poligami dan pengesahan rujuk selepas talaq.
- Rayuan & Semakan SyariahCabar keputusan yang tidak memihak melalui rayuan, semakan kehakiman dan permohonan pindaan perintah.
